fbpx

Gaya padanan skirt dan seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pilih seluar yang sesuai dan sempurna dengan gaun atau skirt.

ANTARA eksperimentasi trend menarik sejak kebelakangan ini adalah penggayaan gaun atau skirt dengan seluar sebagai gaya alternatif yang cukup ‘chic’ dan segar. Bagi kelihatan lebih menyerlah, anda perlu bijak bermain dengan tekstur, warna, reka corak serta mendapatkan inspirasi daripada gaya jalanan terkini.

 

Pemilihan seluar

Paling penting, anda perlu memilih seluar yang paling sesuai dan sempurna untuk digayakan bersama gaun.
Anda juga disaran mendapatkan seluar rona hitam dan gelap kerana ia mudah untuk disuai padan dengan pelbagai gaun atau skirt tanpa perlu memikir panjang.
Gandingan gaun atau skirt, seluar dan kasut tumit tinggi juga dapat memberikan ilusi ketinggian serta membangkitkan aura feminin.
Pastinya, denim adalah antara pilihan fabrik yang cukup bersahaja dan ‘cool’.

Keberanian

Kunci utama trend ini adalah keberanian bereksperimentasi. Pengalaman ini dapat menyerlahkan kreativiti dan ‘individuality’ anda dalam berpakaian. Dapatkan seluar dengan potongan ‘streamlined’.
Seluar yang anda pakai tidak perlu terlalu banyak poket, lipatan atau sulaman bagi mengelakkan timbul kesan yang kurang menarik ketika gaun atau skirt dipakai nanti. Jean potongan lurus dan ‘legging’ yang seakan seluar juga merupakan pilihan lain yang menarik jika dipadankan dengan gaun.

Saiz besar

Jika anda gemarkan gaya saiz besar (oversize), pilihan yang tepat adalah padanan gaun, top, skirt dan seluar yang keduanya dalam potongan longgar serta skaf atau tudung sebagai pelengkap.
Kombinasi padanan gaya ini cukup selesa, santai dan bersahaja.

Gaya kontemporari

Untuk gaya kasual dan ranggi, padankan gaun kemeja (shirt dress) dengan seluar ‘cropped’ dan kasut ‘pumps’. Seimbangkan gaya anda dengan padanan pakaian yang sofistikated dan ringkas.
Contohnya, gandingan gaun sutera dan leggings, gaun ropol dengan ‘skinny’ jean. Tekstur fabrik yang berbeza juga dapat menjadikan gaya lebih menarik dan kontemporari.

Bereksperimentasi

Bagi mendapatkan gaya yang paling sesuai dengan anda, jangan takut untuk bereksperimentasi dengan variasi labuh dan kadar banding pakaian berbeza.
Gaun pendek cukup ceria dan mudah dipadankan dengan seluar potongan kembang dan ‘frayed hem jeans’. Bagi gaun atau skirt yang sedikit labuh pula, pastikan ada belahan di bahagian tepi atau di mana-mana sahaja untuk memperlihatkan seluar.

Aksesori

Bagi lebih hebat, lengkapkan gaya anda dengan aksesori. Gayakan tali pinggang ala korset pada kombinasi gaun atau seluar untuk menyerlahkan bahagian pinggang atau pakai anting-anting unik untuk gaya lebih ‘edgy’. Lengkapkan gaya keseluruhan dengan kasut seperti ‘fringed mules’, sandal atau ‘slides’ dengan hiasan (embellished).

Padanan

Gandingan gaun atau skirt dengan seluar dalam rona neutral seperti hitam, putih dan perang cukup ringkas, sofistikated serta anggun. Jaket, blazer dan kot dalam rona kontra juga dapat menyuntik elemen berani pada penampilan keseluruhan.
Pastinya, kombinasi gaun dan seluar juga lebih menyerlah digandingkan dengan blazer atau jaket.
Padanan kemeja, gaun dan baju panas potongan ‘cropped’ cukup stylish dipadankan dengan kot labuh serta kasut ‘pumps’ sebagai pelengkap gaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI