fbpx

Amitabh Bachchan tumpang motosikal peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amitabh Bachchan terpaksa menumpang motosikal peminatnya kerana kesesakan lalu lintas yang teruk.

KESESAKAN lalu lintas di Mumbai, India yang seperti tiada penghujung turut memberi impak kepada jadual aktor berpengalaman, Amitabh Bachchan.

Baru-baru ini, bintang tersohor yang terkenal berdisiplin itu mengambil keputusan membonceng motosikal seorang peminat selepas tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang teruk.

Insiden itu dikongsikan sendiri dalam akaun media sosial dengan memuat naik menerusi sekeping foto sedang berada di atas motosikal.

Daripada gambar tersebut, Amitabh dilihat memakai baju-T berwarna hitam, jaket coklat serta seluar biru yang dipadankan dengan sepatu putih.

Pada keterangan foto, bintang Bollywood legenda dunia itu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak dikenali kerana sanggup menumpangkannya ke ‘tempat kerja’.

“Terima kasih bantu saya. Saya tidak kenal anda, tetapi kesanggupan anda menghantar saya ke lokasi penggambaran pada tepat masa sangat dihargai.

“Naik motosikal lebih cepat dan dapat mengelak kesesakan jalan raya. Terima kasih,” tulisnya yang meraih pelbagai komen peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI