fbpx

UPSI, PNU jalin kerjasama dalam bidang pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suriani (dua dari kiri) bersama Tuga (dua dari kanan) selepas menandatangani Surat Tunjuk Niat (LOI) di PNU, Manila, Filipina baru-baru ini.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalin kerjasama dengan Universiti Normal Filipina (PNU) dalam usaha memajukan bidang pendidikan antara satu sama lain di PNU, Manila, Filipina baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Suriani Abu Bakar berkata, kerjasama yang dijalin itu merupakan satu daripada langkah yang diambil UPSI bagi meneroka peluang pengantarabangsaan.

“UPSI akan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan universiti luar negara terutamanya dalam bidang pendidikan.

“Ia selaras dengan keperluan negara agar bidang pendidikan di Malaysia sentiasa seiring dengan perkembangan semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, lawatan kerja ke PNU yang dimulakan dengan bengkel dan seterusnya 15th Meeting of Presidents memberi banyak input untuk menjalankan pelbagai kerjasama selain daripada penyelidikan.

Menurut Suriani, antara bidang kerjasama yang dijalin melibatkan penerbitan, pengkomersilan serta pertukaran pengajaran.

“Sepanjang di Manila, saya berusaha menyebar luas rangkaian UPSI dan membuka ruang serta peluang untuk kolaborasi profesional dengan universiti antarabangsa yang lain,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, UPSI beriltizam menjalin kerjasama dengan universiti ternama dunia bagi meluaskan perkongsian yang bermanfaat untuk memacu imej mereka di pentas global.

Sehubungan itu, katanya, lawatan kerja yang diwakili oleh Suriani itu berjaya memulakan langkah proaktif untuk meneroka usahasama dengan mendatangani perjanjian dan menyampaikan Surat Tunjuk Niat (LOI) yang disampaikan kepada Presiden PNU, Dr. Bert J. Tuga.

“Secara umum PNU telah menghantar 13 pelajar menyambung pengajian di UPSI di peringkat doktor falsafah dan sembilan orang daripadanya bergraduasi tepat pada masanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI