fbpx

Penyeludup lari tinggal kereta bawa 40 tong petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa 40 buah tong berisi petrol di dalam sebuah kereta di Tanjung Chat, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN KPDN

KOTA BHARU – Seorang penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan sebuah kereta dipandunya yang membawa 40 tong berisi 1,000 liter petrol selepas kegiatannya itu dikesan pihak berkuasa di Tanjung Chat di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, hasil risikan pasukan penguat kuasa mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah bangunan kira-kira pukul 6.10 pagi.

Menurutnya, menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek melarikan diri dengan meninggalkan kereta yang dipandunya.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai sebanyak 40 tong yang mengandungi 1,000 liter petrol bernilai RM2,050. Kereta tersebut yang bernilai RM10,000 turut disita dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI