fbpx

MasyaAllah begitu ramai yang hadir – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PN di Shah Alam semalam.

PETALING JAYA – Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berpandangan sudah tiba masa untuk Perikatan Nasional (PN) memimpin gagasan lebih besar untuk Malaysia.

Beliau yang dikhabarkan bakal menyertai Pas turut berpandangan sudah tiba masa untuk PN memimpin dengan agenda rakyat dan nasional yang lebih tuntas.

“Malam tadi saya hadir di majlis raya PN di Shah Alam. Masyaallah begitu ramai yang hadir, puluhan ribu.

“Tidak hairan kalau majlis anjuran kerajaan dan kerahan jabatan. Ini majlis pihak pembangkang di kubu pihak kerajaan.

“Lebih menarik pada perhatian saya tentang kehangatan dan kemesraan mereka yang terdiri dari pelbagai kaum,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) baru-baru ini mengesahkan sudah mengemukakan permohonan bagi menyertai Pas.

Beliau yang dipecat dari UMNO tahun lalu memaklumkan sudah menghantar borang keahlian Pas dan kini menunggu kelulusan dari parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI