fbpx

Instagram alami gangguan, ramai pengguna terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Laman sosial Instagram dilaporkan mengalami gangguan sekali gus menyebabkan pengguna dari seluruh dunia tidak dapat mengakses ke platform tersebut.

Difahamkan, gangguan tersebut berlaku sejak satu jam yang lalu dan ia turut dilaporkan oleh beberapa media antarabangsa.

Tinjauan di Twitter pula ketika ini ‘trending’ dengan hashtag iaitu #instagramdown dengan lebih 50,000 ciapan daripada pengguna berhubung masalah tersebut.

Hashtag #instagramdown trending ketika ini di Twitter dengan lebih 50,000 ciapan.

Malah, ia turut dijadikan gurauan dan humor daripada pengguna media sosial menerusi muat naik gambar dan video pendek mengenai gangguan akses ke Instagram.

“Saya minta maaf kepada Wi-Fi selepas dapat tahu Instagram ‘down’,” kata @VodkaTweetz berserta gambar humor dua individu berpelukan seolah-olah ‘memohon kemaafan’.

“Saya apabila dapat tahu Instagram bermasalah selepas tutup dan buka Wi-Fi serta data internet sebanyak 50 kali,” ciap @awa_jx sambil memuat naik video pendek kanak-kanak menangis menggambarkan keadaan dirinya.

Dalam masa sama, akaun rasmi Instagram pada Twitter turut dihujani dengan komen-komen daripada pengguna yang bertanyakan mengenai gangguan tersebut pada satu hantaran video dibuat dua hari lalu.

“Instagram saya ‘main-main’, dia kata tak sambung dengan internet, padahal internet saya okay saja. Semua aplikasi yang lain berfungsi dengan baik,” komen Joseph Clarke.

“Tolong betulkan aplikasi anda,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI