fbpx

Penunggang motosikal maut kemalangan 8 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas lapan buah kenderaan termasuk lima buah motosikal di kilometer 222.7, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), pagi tadi.

REMBAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lapan buah kenderaan di Kilometer 222.7, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Alif Danial Muhamad Zamri, 22, yang beralamat di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang, Selangor, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan lapan buah kenderaan iaitu lima buah motosikal jenis Yamaha Y16ZR, kereta jenis Nissan Almera, Perodua Myvi dan Toyota Yaris.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama empat rakan menunggang di lorong kiri dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang, Negeri Sembilan. Sampai di tempat kejadian mangsa hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sisi sebelah kanan kereta jenis Nissan Almera yang memandu di arah yang sama.

“Akibat perlanggaran tersebut mangsa tercampak ke longkang bahagian kiri, manakala rakan penunggang yang mengekori rapat hilang kawalan akibat cuba mengelak lalu terjatuh berselerak atas jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI