fbpx

Lima tumpuan jika Kedah diambil alih – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika bercakap pada ucapan pimpinan utama Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lima perkara akan diberikan keutamaan di Kedah sekiranya gabungan parti Kerajaan Perpaduan mendapat peluang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri seiring dengan kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Facebooknya berkata, lima perkara tersebut adalah terhadap isu keterjaminan makanan melalui hasil padi, pemerkasaan Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET), permasalahan isu air, pendidikan, peluang pekerjaan dan telekomunikasi.

“Gendang telah dipalu. Kesiapsiagaan jentera di antara parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan sedang diperkukuh bagi memastikan keyakinan rakyat dapat diterjemah dalam PRN nanti.

“Hari ini, saya amat berbesar hati melihat ramai ahli parti-parti Kerajaan Perpaduan di Kedah berkumpul di Alor Setar bagi membina kesepakatan bersama untuk kerjasama yang padu menempuhi PRN nanti,” tulisnya.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi, Konvesyen Perpaduan itu adalah yang pertama diadakan di peringkat negeri selepas julung kali diadakan di Pusat Dagangn Dunia (WTC), minggu lalu.

“Saya ucapkan tahniah kepada negeri Kedah kerana terus mengadakan penyelarasan di peringkat Negeri, selepas berlangsungnya Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia, tempoh hari.

“Bermusyawarah lah. Perkukuhkan kebersamaan ini hingga ke peringkat akar umbi. Semoga usaha jentera Kerajaan Perpaduan hari ini dapat diterjemah sebaiknya di atas kertas undi. Insya-Allah,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI