fbpx

Majikan larang pekerja Bangladesh keluar solat Jumaat, minta kekal bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang majikan didakwa melarang sekumpulan pekerjanya yang merupakan warga Bangladesh untuk keluar mengerjakan solat Jumaat dan mereka diminta untuk kekal melakukan kerja.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook, Azfar yang memaklumkan hanya pekerja warga tempatan sahaja dibenarkan rehat untuk solat Jumaat di masjid

“Bos ada ambil 20 orang pekerja Bangladesh. Yang sedihnya mereka tak dibenarkan solat Jumaat.

“Pekerja tempatan boleh. Tadi waktu asar Bangladesh ini masuk untuk solat. Kesian tengok muka dia, nampak baik dan soleh orangnya.

“Jumpa kita dia bagi salam. Saya rasa serba salah, masa tengah doa tadi saya doakan supaya Allah datangkan keputusan dan tindakan untuk majikan. Semoga Allah mendatangkan hukuman dan keputusan kepada orang yang menafikan hak seorang manusia untuk sujud kepadaNya,” luah pengguna tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai berkongsi pengalaman hampir sama yang berlaku di tempat kerja mereka apabila kumpulan pekerja warga asing ini selalu diabaikan hak mereka terutama untuk keluar menunaikan solat fardu dan Jumaat.

“Tidak dapat dinafikan wujud amalan dan unsur diskriminasi antara pekerja tempatan dan warga asing. Majikan terlalu memaksa warga asing ini untuk bekerja, sampai mereka nak solat pun xbenarkan, sruh siapkan dulu kerja.

“Nak kerahkan, jangan sampai larang orang Islam nak lakukan ibadat wajibnya. Dekat ‘site’ aku pun selalu macam ini. Bos bukan Islam pun, kena hormat cara orang Islam,” kongsi Azril. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI