fbpx

Kekar habis Shaheizy Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAM kembali dengan filem terbaharu, Polis Evo 3.

SETIAP pelakon yang hebat pasti sanggup berkorban dan memberi komitmen padu untuk setiap watak lakonan mereka.

Begitu juga yang dilakukan oleh Shaheizy Sam apabila badan kekarnya dalam filem Polis Evo 3 meraih perhatian ramai.

Dalam video trailer Polis Evo 3, Sam yang memegang watak Inspektor Khai dilihat menayang badannya yang berotot sambil membasuh kereta.

Babak tersebut membuatkan ramai netizen tak keruan sehingga tidak sabar untuk menonton filem tersebut yang bakal ditayangkan bermula 25 Mei depan.

“Mantap Sam buat badan untuk filem ini. Komited!” puji netizen.

“Ini yang buat tak sabar untuk menonton Polis Evo 3. Mesti gempak seperti dua filem sebelum ini,” komen seorang pengguna TikTok.

Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof turut dibintangi Zizan Razak, Nora Danish dan Eyka Farhana bermula minggu hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI