fbpx

Mikaela permata tenis muda Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIKAELA (kiri) kekal sebagai pemain perseorangan nombor satu tanpa kalah ketika mewakili Akademi Tenis Porto Cristo di Mallorca, Sepanyol.

BINTANG tenis bawah 10 tahun (B-10) yang sedang meningkat naik, Rio Mikaela Zahri berjaya menempa namanya bahkan mengharumkan Malaysia di pentas antarabangsa selepas meraih kemenangan dalam beberapa pertandingan jelajah di Eropah.

Mikaela juga berjaya menonjolkan bakatnya dalam pertan­dingan domestik apabila menjuarai kategori remaja perempuan B-10 pada Terbuka KL baru-baru ini, sebaik sahaja pulang daripada berlatih di luar negara.

Lebih menarik, remaja berbakat tinggi itu turut menjadi tajuk utama persada tenis antarabangsa dengan kemahiran permainannya yang luar biasa, malah menampilkan prestasi mengagumkan.

Sepanjang jelajahnya di Eropah, Mikaela beraksi pada Liga B-10 di Mallorca, Sepanyol dengan mewakili Akademi Tenis Porto Cristo dan dia kekal sebagai pemain perseorangan nombor satu tanpa kalah.

Mikaela juga mewakili Malaysia pada Kejohanan Global TenPro di Akademi Rafael Nadal selain berpeluang bertemu dengan legenda tenis Sepanyol itu sendiri membuatkannya lebih bermotivasi untuk meneruskan minat dalam sukan tenis.

MIKAELA meraih peluang sekali seumur hidup apabila bertemu legenda tenis Sepayol, Nadal ketika mewakili Malaysia pada Kejohanan Global TenPro di Akademi Rafael Nadal.

Selain Nadal, Mikaela turut bertuah apabila bertemu dan menerima nasihat berharga daripada bekas jaguh No. 1 dunia, Carlos Moya.

Bintang muda negara itu juga berpeluang menyertai kelab tenis terkemuka dan berprestij iaitu Tensiki Klub Bosna di Sarajevo, Bosnia dam mendapat bimbingan Zlatan Kadric, salah seorang jurulatih terbaik Eropah.

Berlatih selama sebulan di Bosnia memberi cabaran kepada Mikaela, namun meraih ganjaran apabila muncul juara dan naib juara dalam dua pertandingan pada kejohanan tempatan.

Meskipun masih muda, perjalanan Mikaela untuk berjaya dalam sukan tenis adalah satu inpirasi, malah contoh buat atlet muda di Malaysia.

Kem latihan Mikaela seterus­nya adalah di Turkiye, Bosnia dan Mallorca, di mana dia akan terus mengasah kemahiran dan mewakili Malaysia dalam kejohanan sirkit tenis antarabangsa.

Perjalanannya bukan sesuatu yang mudah tetapi dengan sokongan keluarga, jurulatih dan peminat, Mikaela berazam untuk mencapai impiannya dan membanggakan Malaysia.

Mereka yang berminat mengikuti perkembangan Mikaela boleh mengikuti akaun Instagram miliknya @rio.mikaela bagi mengetahui berita terkini, kemas kini dan pencapaiannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI