fbpx

Jangan sertai demonstrasi di Masjid Negeri – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

SHAH ALAM – Polis meminta orang ramai tidak sesekali menyertai satu demonstrasi membantah rayuan kes kalimah Allah di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, perkara itu tular di media sosial yang menyeru semua umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Tegas beliau, pihaknya memandang serius perkara itu dan telah menasihatkan pihak penganjur supaya tidak meneruskannya.

“Ini terutama perhimpunan yang melibatkan kawasan rumah atau tempat ibadat dan kesalahan itu diperuntukkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular mesej memaklumkan perhimpunan anjuran sebuah NGO itu dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI