fbpx

RM2.1 bilion lebarkan Lebuh Raya KLK atasi masalah kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

LIPIS – Dalam usaha mengatasi isu kesesakan yang sering berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan projek pelebaran lebuh raya berkenaan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek pelebaran jalan melibatkan kos sebanyak RM2.1 bilion itu akan dilaksanakan oleh pemegang konsesi lebuh raya berkenaan bermula Julai ini.

“Projek pelebaran jalan melibatkan kos RM2.1 bilion sejauh 45.3 kilometer ini akan menyediakan lebuh raya yang selesa, cepat, mudah dan cekap serta menangani isu kesesakan yang sering berlaku di lebuh raya KLK terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

“Kementerian Kerja Raya sentiasa mendengar keluhan rakyat yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk pulang ke kampung terutama ketika musim perayaan kerana kesesakan luar biasa pada waktu puncak,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

ABDUL RAHMAN (tengah) beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kerja Raya di Lipis hari ini.

Menurutnya, kerja pelebaran jalan itu merupakan usaha kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat pada masa hadapan.

Jelasnya, antara skop kerja pelebaran KLK yang bermula dari Plaza Tol Gombak ke Persimpangan Mempaga, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Bentong ialah penambahan satu lorong daripada tiga lorong sehala sedia ada kepada empat lorong sehala bagi Seksyen 1 (dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi).

Selain itu katanya, bagi Seksyen 2 (dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong) akan dilakukan penambahan daripada dua buah lorong sehala sedia ada kepada tiga lorong sehala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI