fbpx
NUR MUSTAQIM meninjau lembu-lembu miliknya bagi memastikan haiwan itu sihat sebelum disembelih pada bulan hadapan.

Penternak makin tersepit, terpaksa naikkan harga lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Peningkatan kos operasi menyebabkan penternak di daerah ini tersepit apabila terpaksa menaikkan harga haiwan bagi ibadah korban tahun ini.

Penternak lembu dari Kampung Paloh, Pasir Pekan, Nur Mustaqim Zulbahrin, 26, berkata, menternak haiwan ketika ini begitu mencabar kerana dia hanya memberikan dedak memandang­kan rumput di kawasan padang atau lapang kering ekoran cuaca panas melampau.

“Meskipun harga seguni dedak 50 kilogram (kg) meningkat daripada RM38 ke RM48 sejak dua bulan lalu, saya cuba untuk tidak menjual lembu atau bahagian korban terlalu mahal.

“Saya juga mahu beribadah semasa berniaga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nur Mustaqim bercadang untuk menumbangkan sebanyak 20 ekor lembu ternakannya bagi tujuan tersebut tahun ini.

“Harga yang ditetapkan bermula RM850 hingga RM950 untuk satu bahagian bergantung kepada saiz lembu.

“Harga lembu biasa adalah RM850 (satu bahagian) dan setiap peserta akan memperoleh antara 12 kg hingga 13 kg daging termasuk tulang dan juga organ dalaman.

“Saya turut menternak seekor lembu baka limousine seberat lebih satu tan. Harga bagi satu bahagian lembu tersebut ialah RM950 dan peserta korban akan memperoleh 20 kg,” katanya.

Menurut Nur Mustaqim, biar­pun harga lembu korban naik pada tahun ini, lelaki itu bernasib baik kerana masih terdapat individu terdiri daripada penduduk kampung dan kenalan menunjukkan minat untuk menyertai ibadah korban.

“Ini menunjukkan bahawa masih ada yang mahu menyertai korban walaupun mereka terpaksa mengeluarkan belanja le­bih asalkan berpuas hati dengan daging yang akan disedekahkan kepada golongan yang memerlukan,” kata lelaki itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN