fbpx

Tidak perlu panik kes Covid-19 di Tuaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (tengah) ketika bercakap pada sidang akhbar Majlis Aidilfitri Kementerian Kesihatan di MAEPS, hari ini.

SERDANG – Jangkitan Covid-19 di Sabah melibatkan daerah Tuaran dimaklumkan masih terkawal meskipun terdapat peningkatan sepanjang musim perayaan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, bilangan kes yang dilaporkan juga adalah rendah yang mana kurang daripada 100 kes seminggu.

“Sebenarnya jangkitan Covid-19 di Tuaran ini kita tidak perlu panik kerana jika dilihat secara keseluruhan, bilangan kes masih rendah dan terkawal.

“Cuma mereka di Tuaran masih lakukan pemantauan mengikut kriteria yang lama kerana kita tak guna dah (kod warna),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan daerah Tuaran diisytihar sebagai zon merah selepas mencatat 26 kes baharu sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelum itu.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, keterukan jangkitan Covid-19 di daerah berkenaan hanya melibatkan kategori satu dan dua.

Menurutnya, pesakit yang dijangkiti juga tidak perlu hadir ke hospital dan boleh melakukan isolasi di rumah.

“Bagi kes kategori tiga, empat dan lima, kita dapati ia membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas termasuk mereka yang mempunyai komobid,” jelasnya.

Dalam perkembangan berbeza, Zaliha turut menasihati orang ramai agar segera medapatkan rawatan di hospital sekiranya memiliki gejala strok haba.

Antara gejala yang perlu diberikan perhatian adalah dehidrasi, keletihan dan kekejangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI