fbpx

Teen Top tak suka buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEEN TOP

SATU penghargaan buat kumpulan Teen Top apabila dipilih sebagai duta mempromosikan Yayasan Blue Tree yang merupakan pertubuhan pencegahan buli sekolah, siber dan tindakan keganasan.

Pelantikan mereka dipersetujui pengerusi yayasan tersebut iaitu Park Gil-sung secara rasmi.

Kumpulan lelaki itu sangat teruja dapat mengambil bahagian dalam kempen yang diadakan oleh yayasan tersebut.

“Satu penghormatan buat kami untuk memikul tugas bermakna sebagai duta promosi Yayasan Blue Tree.

“Kami akan bekerjasama supaya lebih ramai orang peka dalam keganasan sekolah dan buli siber,” kata wakil kumpulan Teen Top.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI