fbpx

Mercedes EQS untuk pelanggan AmBank Islamic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Sulaiman, Ley Yiau dan Pengarah Urusan Perbankan Runcit, AmBank (M) Berhad, Aaron Loo pada majlis penyampaian hadiah Kempen AmRewards 2.0 petang tadi.

PETALING JAYA – AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) melancarkan kempen Am Up Your Chances yang menawarkan hadiah bernilai RM2.7 juta untuk pelanggannya yang menyimpan dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq (AmWafeeq-i).

Ia termasuk kenderaan elektrik Mercedes-Benz model EQS dan EQE yang masing-masing berharga RM720,000 dan RM450,000 setiap satu serta dua unit kenderaan Mercedes-Benz EQA yang bernilai RM290,000 sebuah.

Kempen selama 12 bulan berakhir 31 Mac 2024 itu antara lain turut menawarkan tiga baucar percutian bernilai RM20,000, lapan baucar barangan mewah bernilai RM20,000, lima pakej perjalanan umrah bernilai RM10,000 dan 20 unit iPhone 14 Plus.

Pelanggan baharu yang berminat boleh membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq melalui platform perbankan dalam talian, AmOnline atau melawat mana-mana cawangan AmBank atau AmBank Islamic di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, pihaknya berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pelanggan memandangkan sambutan menggalakkan yang diterima menerusi kempen AmRewards sebelum ini.

“Ia membuatkan kami terus bermotivasi dalam menambah baik produk serta perkhidmatan dan pada masa yang sama dapat menawarkan ganjaran menarik kepada pelanggan setia yang menyimpan dengan kami.

Sebahagian daripada pemenang Kempen AmRewards 2.0.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang kempen AmRewards 2.0 atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan kepada AmBank Islamic sepanjang kempen ini,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kempen AmRewards 2.0 yang diadakan di Pusat Porsche Ara Damansara, di sini.

Mendahului senarai sebagai Pemenang Hadiah Utama AmRewards 2.0 ialah pemegang akaun dari Cawangan Skudai, Chew Ley Yiau yang memenangi sebuah Porsche Cayenne serba baharu.

Sementara itu, Yik Choon Chor dari Seri Kembangan dan Heng Geok Siam dari Skudai memenangi hadiah kedua, membawa pulang baucar Hour Glass bernilai RM100,000 setiap satu.

Kempen AmRewards 2.0 bermula pada 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2023, bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan AmBank Islamic.

Sepanjang tempoh kempen, lebih 1,000 pemenang telah menerima hadiah mereka. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI