fbpx

Malaysia teroka peluang produk halal di KazanForum 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bersama delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berlepas ke Rusia pagi ini bagi menyertai KazanForum 2023.

PUTRAJAYA – Malaysia akan memanfaatkan sepenuhnya platform KazanForum 2023 yang dijadual berlangsung Rusia bermula 15 hingga 23 Mei ini bagi mempromosikan buah-buahan tropika dan produk makanan halal.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KazanForum 2023 adalah acara tahunan peringkat antarabangsa dianjurkan Rusia dengan penyertaan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau berkata, antara program utama di bawah KazanForum 2023 ialah Ekspo Halal Rusia 2023 yang melibatkan pameran dan promosi produk makanan halal.

“Melalui ekspo ini, Malaysia boleh meneroka peluang mempromosikan buah-buahan tropika yang sedia dieksport dan memperkenalkan produk makanan halal.

“KazanForum adalah acara antarabangsa dianjurkan Rusia melalui Kerajaan Republik Tatarstan sejak tahun 2009 sebagai platform bagi memperkukuhkan kerjasama antara Rusia dengan negara-negara Islam,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, Mohamad bersama delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berlepas ke Rusia pagi ini bagi menyertai program berkenaan.

Mengikut jadual, Mohamad juga akan menyampaikan ucapan pada sesi meja bulat Malaysia dan Rusia bagi memberikan gambaran dan menyatakan wawasan sektor pertanian dan keterjaminan makanan Malaysia.

Malah, beliau juga akan menyampaikan ucaptama pada sesi plenari forum tersebut dengan tema Teras Ekonomi: Kerjasama antara Rusia dan negara-negara OIC.

Pada lawatan sama, Mohamad dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau iaitu Menteri Pertanian Rusia, Dmitry N. Patrushev dan Menteri Pertanian dan Makanan Republik Tatarstan, Marat Zyabbarov. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI