fbpx

Bomba selamatkan kucing atas pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing berkenaan berjaya diselamatkan setelah hampir tiga hari tersangkut di atas pokok kelapa. FOTO ihsan : BOMBA

HULU SELANGOR – Khidmat pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap selama tiga hari di atas pokok kelapa di Kampung Pasir Putih, Kalumpang, di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar pukul 3 petang.

Katanya, seramai tujuh kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah dikerahkan ke lokasi.

“Pemilik kucing memaklumkan kucingnya tersangkut di atas pokok kelapa anggaran ketinggian 40 kaki.

“Anggota bertugas berjaya menyelamatkan kucing tersebut dengan menggunakan tangga,”jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kucing tersebut telah diserahkan kepada pemilik setelah tersangkut di atas pokok kelapa berkenaan selama hampir tiga hari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI