Gambar hiasan.

Ibu bapa hantar anak guna bas sekolah haram perlu dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan digesa mengkaji dan memperkasa semula Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2021 dengan memasukkan elemen berhubung kesalahan ibu bapa yang tidak menyediakan pengangkutan selamat kepada anak yang bersekolah.

Setiausaha Sekretariat Industri Bas Sekolah Malaysia (SIBSM), Mohd. Haron Mohd. Sidik berkata, ini berikutan terdapat penguatkuasaan dibuat di negara luar bagi memastikan anak-anak selamat ketika pergi dan balik dari sekolah.

Menurut beliau, pihaknya akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bagi membincangkan perkara tersebut.

“Kita tidak mahu ada pengusaha bas sekolah haram sahaja yang kena, tetapi ibu bapa yang menyokong dengan menggunakan perkhidmatan tersebut juga harus dikenakan tindakan undang-undang.

“Sudah semestinya, kita mahu memberikan perlindungan sewajarnya termasuk dari segi insurans supaya anak-anak tidak ‘mati katak’,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mohd. Haron yang juga Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya Dan Kuala Lumpur berkata, jika semua ibu bapa bertukar kepada bas sekolah berdaftar, tambang dapat
dikurangkan kerana penumpang penuh.

Tambah beliau, pihaknya turut mencadangkan agar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan subsidi tambang bas.

“Mereka (pengusaha bas sekolah haram) yang tidak berdaftar tidak boleh berurusan dengan sekolah untuk bayaran tambang. Ini akan meningkatkan kecekapan dan efisen sistem perkhidmatan bas sekolah,” ujarnya.

Mengulas mengenai kaedah membanteras bas sekolah haram pula, beliau memberitahu, perkara itu mudah dilaksanakan jika penguatkuasaan dilakukan sewajarnya.

“Setahu saya, tiada proses pemutihan bas sekolah dilakukan dengan kali terakhir pada 2016.

“Hendak tangkap bas sekolah haram ini bukan susah, pergi ke sekolah. Hari ini penguat kuasa datang dengan pakaian preman, catat nombor plat dan tahan.

“Kalau ini dilakukan, saya rasa dalam tempoh kurang enam bulan masalah ini boleh selesai,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN