fbpx

KPDN galak syarikat penghantaran makanan sertai Payung Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Food panda, Sayantan Das melakukan gimik pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Foodpanda Malaysia di Pejabat Foodpanda di sini, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berharap lebih banyak syarikat penghantaran makanan bekerjasama menyokong inisiatif Payung Rahmah bagi memperluaskan lagi kawasan yang memerlukan inisiatif tersebut.

“Menerusi syarikat penghantaran makanan, Menu Rahmah ni boleh sampai ke setiap kawasan dari bandar ke luar bandar. Mereka yang tidak ada banyak masa juga dapat nikmati Menu Rahmah ketika diperlukan.

“Termasuk suri rumah, pegawai kerajaan dan swasta atau mereka yang tidak sempat keluar untuk dapatkan Menu Rahmah,” katanya selepas berucap di Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Foodpanda Malaysia di Ibu Pejabat Korporat Foodpanda Malaysia, Bangsar South, petang ini.

Salahuddin berkata, Foodpanda Malaysia akan melaksanakan empat Inisiatif di bawah Program Payung Rahmah yang terdiri daripada Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah menerusi 238 cawangan yang bernaung di bawahnya.

“Kerjasama sama akan diperluaskan lagi kepada syarikat penghantaran makanan yang lain. Kita hasrat untuk jayakan dari masa ke masa untuk pastikan kelompok B40 perhatian sewajarnya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI