fbpx

Kes tiada kaitan isu kalimah Allah, isu arahan pentadbiran bercanggah – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya di Jabatan Imigresen Putrajaya hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Penggunaan kalimah Allah dan empat perkataan lain masih kekal eksklusif milik umat Islam, malah tidak boleh digunakan penganut agama lain untuk ajaran mereka.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai mengulas tindakan kerajaan menarik balik rayuan keputusan pada 18 April lalu.

Beliau mengulangi penghakiman Mahkamah tersebut yang merujuk kes itu lebih kepada perihal arahan pentadbiran berhubung rampasan bahan penerbitan semata-mata.

“Jika dibaca balik alasan hakim, dia cuma sentuh isu bahan dirampas oleh pihak kastam adalah salah dan bukan pun isu kalimah Allah,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang anjuran Jabatan Imigresen Malaysia 2022 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri kelolaan agensi berkenaan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, ramai mungkin salah faham dengan alasan penghakiman yang merujuk tuntutan seorang wanita terhadap rampasan bahan sahaja.

“Mahkamah itu melalui penghakimannya setebal 90 muka itu memang tidak memutuskan berkaitan agama secara spesifik dan cuma lebih kepada soal perundangan sivil,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI