fbpx

JIMIN nyanyi ‘OST’ Fast X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMIN

DAYA tarikan penyanyi Jimin sentiasa bernilai di mata pemujanya.

Tidak sahaja di Korea Selatan, peminatnya kini meluas di peringkat antarabangsa, termasuklah Amerika Syarikat.

Terbaharu, anggota kumpulan BTS itu mencipta sejarah apabila menjadi sebahagian daripada runut bunyi (OST) utama untuk filem Fast And Furious 10 (Fast X) yang akan ditayangkan pada 18 Mei ini.

Kejayaan tersebut sangat mengagumkan memandangkan Fast X merupakan antara francais filem berprofil tinggi dan berjaya dalam dunia Hollywood.

Secara tidak langsung, Jimin sekali lagi mencipta sejarah sebagai artis Korea Selatan pertama yang terlibat OST filem pecah panggung atau blockbuster Hollywood.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI