fbpx

Isu laungan azan di surau kondominium Tanjong Tokong selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zakiyuddin ketika berucap pada sidang akhbar berhubung isu pembesar suara di Kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Badan pengurusan bersama (JMB) kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong di sini memohon maaf secara terbuka kepada penduduk beragama Islam dan umat Islam di negara ini ekoran isu tular berkaitan laungan azan di surau perumahan itu, baru-baru ini.

Pengerusi JMB kondominium Tri Pinnacle, Alex Low berkata, pihaknya tidak mempunyai niat untuk melarang laungan azan di surau berkenaan seperti mana dakwaan sesetengah pihak di dalam media sosial.

”Kami sama sekali tidak mempunyai niat untuk melarangkan laungan azan di Surau Saidina Umar, Blok A Tri Pinnacle. Saya secara peribadi, memohon maaf jika ada kata-kata dan ucapan saya menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.

”JMB dan wakil Ahli Jawatankuasa (AJK) surau telah bermesyuarat dan berbincang mengenai hal ini dengan Jabatan Agama Islam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada 9 Mei lalu. Persetujuan telah pun dicapai dan masalah telah pun diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar di kondominium Tri Pinnacle di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dan wakil penduduk serta surau kondominium berkenaan.

Menurut Alex, pihaknya juga amat kesal dan kecewa kerana isu yang sepatutnya hanya menjadi perbincangan dalaman secara sulit telah disebarkan dan mewujudkan salah faham.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis sudah memanggil JMB kondominium itu dan pengurusan surau kondominium tersebut untuk diambil keterangan berhubung isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI