fbpx

Cikgu Riha tak jemu baca buku untuk pelajar rabun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIKGU RIHA bersama anugerah yang diterimanya di MITC, Ayer Keroh, Melaka semalam.

MELAKA – “Kalau orang lain hanya berusaha dua kali, kamu kena usaha lebih 10 kali untuk berjaya.”

Itu titipan nasihat yang selalu diucapkan Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar, 55, bekas guru bahasa Inggeris di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik, Alor Setar, Kedah, ketika mengajar seorang pelajar istimewa, Azhar Kamis yang dikategorikan sebagai rabun.

Kata Tuan Saripah Nor Riha, kira-kira 20 tahun lalu, disebabkan terdapat pelajar inklusif yang masuk ke kelas murid normal, beliau perlu memperlahankan percakapan supaya Azhar dapat turut sama mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).

“Saya sedar ada perbezaan mengajar pelajar normal dan inklusif, walaupun ada kekurangan, saya nampak dia ada potensi dan berusaha untuk belajar.

“Setiap kali selepas waktu persekolahan saya akan panggil dia untuk belajar Komponen Sastera (Komsas) dan bacakan buku tersebut kepadanya supaya dia faham jalan cerita.

“Alhamdulillah, berkat usa­ha belajar di sebalik kekura­ngan pancaindera, dia berjaya mendapat B untuk subjek berkenaan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Guru Ins­pirasi (AGI) McDonald’s 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini semalam.

Tambahnya atau lebih mesra dipanggil Cikgu Riha, Azhar menghidap penyakit rabun genetik yang mana tidak boleh pulih dengan memakai cermin mata biasa atau menjalani pembedahan.

Beliau yang kini bertugas di SMK Shah Alam, Selangor berkata, dia pernah berusaha mendapatkan tajaan RM800 hingga RM1,200 untuk Azhar menjalani pembedahan mata.

“Kalau tidak boleh sembuh, sekurang-kurangnya mata dia sedikit lebih baik berbanding sebelum ini,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI