fbpx

Penduduk cemas kejadian kepala air Sungai Titi Hayun, Seri Perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kepala air di Sungai Titi Hayun, Yan, Kedah petang tadi.

YAN – Penduduk di sini cemas apabila hujan lebat selama kira-kira sejam mengakibatkan kejadian kepala air di Sungai Titi Hayun dan Seri Perigi yang terletak di kaki Gunung Jerai, di sini pada petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan berlaku limpahan air deras kira-kira pukul 6.40 petang tadi, namun tidak memasuki kawasan rumah penduduk di sepanjang sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, hujan lebat berlaku di puncak gunung selama hampir sejam bermula kira-kira pukul 6 petang.

“Pemantauan mendapati dua sungai tersebut melebihi paras biasa dan kita meminta penduduk yang tinggal berhampiran sungai mengambil langkah berjaga-jaga dan walaupun arus deras sehingga menyebabkan air melimpah memenuhi jalan di kawasan berkenaan, namun sehingga kini tiada rumah penduduk dimasuki air,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, agensi lain turut membuat pemantauan dan sehingga pukul 8.15 malam ini, keadaan masih terkawal dan tiada penduduk dipindahkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI