fbpx

Maritim Malaysia tahan tekong, awak-awak warga Indonesia di perairan Morib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA warga Indonesia ditahan anggota Maritim Malaysia di perairan Morib, Selangor awal pagi tadi kerana didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

PORT DICKSON – Seorang tekong dan seorang awak-awak warga Indonesia ditahan bersama sebuah bot pancung oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di perairan Morib, Selangor awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 37 tahun itu ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, hasil maklumat risikan dan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) berjaya mengesan satu kontek curiga di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) disyaki menuju ke Pantai Morib, Selangor pada pukul lebih kurang 11.30 malam tadi.

“Aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Murni/Op Tiris telah diatur gerak ke lokasi pengesanan sejurus menerima maklumat tersebut.

“Setibanya di lokasi pengesanan, aset Maritim Malaysia telah menemui sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan ke atas bot berwarna hitam memiliki satu enjin jenama Yamaha 200 kuasa kuda itu dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang awak-awak warga Indonesia.

“Bot disyaki menuju masuk ke Pantai Morib untuk mengambil dan menyeludup keluar pendatang asing tanpa izin (PATI). Bot pancung serta seorang tekong bersama awak-awak ditahan di kedudukan 1.3 batu nautika barat daya pantai Morib, Selangor pada pukul lebih kurang 12.30 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek beserta bot ditahan seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di Kuala Linggi, Melaka untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI