fbpx

Kama Azural dilantik Ketua Polis Pasir Mas yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaki (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada Nik Aminuddin (kiri) kepada Kama Azural di IPD Pasir Mas, Kelantan hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

PASIR MAS – Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Kama Azural mengambil alih tugas tersebut daripada Timbalan Ketua Polis Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah yang memangku jawatan Ketua Polis Pasir Mas kira-kira tiga bulan lalu.

Majlis Serah Terima Tugas antara Kama Azural dan Nik Aminuddin berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Victor Sanjos.

Selain itu, Majlis Serah Terima Tugas melibatkan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Pasir Mas turut dilakukan antara pengerusi, Tengku Maslina Tengku Mansor dengan Norizan Awang sambil disaksikan Pengerusi Perkep Kontinjen Negeri Kelantan, Datin Suzana Yashin.

Sementara itu, Kama Azural berkata, beliau menzahirkan rasa syukur apabila diberi ruang dan peluang untuk menerajui IPD Pasir Mas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI