fbpx

Diesel subsidi kekal, SKDS diperluas tangani ketirisan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneruskan agihan diesel bersubsidi dan pada masa sama, memperluas sistem ‘fleet card’ kepada sektor pengangkutan darat (barangan) menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan hanya penerima yang layak menikmati subsidi itu selain mengelak ketirisan dan penyeludupan.

Beliau berkata, SKDS itu penting untuk mengesan siapa yang perlu menerima subsidi diesel berkenaan pada masa depan.

“Jangan pula mereka ambil diesel dan jual kepada kilang-kilang seperti mana berlaku ketika ini. Kita juga akan perincikan kenderaan mana yang diperlukan (layak menerima subsidi),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil 1/2023 di sini hari ini.

Katanya, langkah itu juga perlu memandangkan tanggungan subsidi diesel negara melonjak kepada RM13 bilion pada tahun lalu iaitu lonjakan 37.7 peratus kepada 8.4 bilion liter (pasca Covid-19) berbanding 6.1 bilion liter pada 2019 (pra-Covid-19).

Anwar berkata, lonjakan itu tidak selari dengan peningkatan jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan bahan api tersebut yang cuma meningkat 2.4 peratus dari 2.08 juta kenderaan pada tahun 2019 kepada 2.13 juta kenderaan pada tahun 2022.

Menurutnya, peningkatan kenderaan menggunakan diesel hanya 2.4 peratus, tetapi penggunaan diesel pula melonjak 37.7 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI