fbpx

Bubar DUN: Amirudin dijangka mengadap Sultan Selangor minggu ketiga Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (lima kanan) bersama penerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada majlis penyampaian sijil MBOR kepada PKPS hari ini.

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu ketiga berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kata Amirudin, pertemuan itu penting memandangkan DUN Selangor akan terbubar secara automatiknya pada 25 Jun ini.

“Kita bubar secara automatik pada 25 Jun. Jadi sebelum tarikh itu, saya akan bertemu dan menyampaikan hasrat (kepada Sultan Sharafuddin) bila tarikh kita hendak bubar.

“Tetapi ia dalam lingkungan minggu ketiga atau keempat Jun. Ini antara persefahaman menteri-menteri besar (Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah,” katanya selepas majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor( PKPS) hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tarikh pembubaran dan mengadap Sultan Sharafuddin bagi pembubaran DUN Selangor.

Jelas Amirudin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, tarikh-tarikh yang akan diperkenankan Sultan nanti akan memberikan peluang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali.

“Kita tidak mahu dua tiga kali PRN terpaksa diulang dalam tempoh yang dekat kerana libatkan kos yang tinggi.

“Hasrat kita bersama (menteri besar dan ketua menteri lima negeri lain) adalah melihat PRN sama sebab kita pun ada visi nasional yang sama-sama tangani dan dana boleh digunakan benda lain daripada mengurus pilihan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI