fbpx

Tuan rumah kesal tetamu membazir makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap sikap tetamu yang membazir pada majlis rumah terbukanya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Muhd Amirul Zikri menceritakan, hidangan sampingan yang disediakan adalah 600 cucuk sate buatan sendiri.

“Sate itu kami beli yang mentah dan bakar sendiri tetapi kami pelik kenapa tidak cukup sedangkan jemputan dalam 200 orang sahaja,” katanya.

Menurutnya, ketika melakukan pembersihan meja tetamu, dia terkejut banyak pembaziran yang berlaku ketika majlis berlangsung.

“Semasa membersihkan meja hendak kutip pinggan tetamu, punya lah banyak sate orang ambil banyak lepas itu tidak habis makan.

“Terlalu banyak ye, sehinggakan kami rasa mahu ambil dan panaskan balik cuma tidak sampai hati kerana sisa orang kan. Jadi, terpaksa buang,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai juga kesal dengan sifat tamak sebahagian tetamu yang hadir di majlis itu.

“Lain kali, bubuh sikit-sikit, kalau letak banyak-banyak, nanti dapat tetamu jenis lapar habis ambil semua sampai licin,” komen Suzana.

“Selalunya kalau buat majlis macam ni jangan keluarkan semua makanan. Kena amalkan sistem ‘top up’ dan pandai-pandai asingkan makanan untuk berapa sesi. Kalau letak semua sekali memang akan ada yang membazir,” kata Nurul Azman.

“Pandangan saya lah, kalau bab sate ni jujur kena ada orang yang jaga, banyak kali dah tengok dekat majlis, ramai yang ambil banyak selepas itu tinggal macam tu membazir dalam pinggan, biar orang jaga satu pinggan 5 cucuk, nak lagi boleh ulang ambil,” ujar seorang pengguna.

Tambahnya lagi, sifat tamak dan berlebih-lebihan mengambil makanan ketika majlis keramaian harus dielakkan.

“Tak kedekut, tak marah hendak makan banyak mana pun, tetapi ambil berpada lah. Ambil sedikit dahulu, kalau sedap tambah lagi. Kesian orang-orang yang datang kemudian tidak dapat merasa. Kami sebagai tuan rumah pun serba salah jadinya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI