fbpx

PRN: Ketuk setiap pintu, hati rakyat sokong Kerajaan Perpaduan – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika menyampaikan perbahasan dalam bicara wanita sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan hari ini sudah bersedia dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang selain bakal melipat kali ganda usaha di saat-saat akhir ini.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek menyeru kesemua parti gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan untuk bersama-sama menyampaikan agenda Malaysia Madani kepada seluruh rakyat terutama di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.

“Tujuan kita berhimpun hari ini adalah satu optik yang penting untuk memberikan gambaran kepada rakyat bahawa kita sudah bersedia berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kemenangan di enam negeri sempena PRN akan datang.

“Pastikan puan-puan turun ke akar rumput untuk berjumpa rakyat, ketuk setiap pintu dan pintu hati rakyat serta berikan jaminan bahawa ini adalah kerajaan yang terbaik dan paling stabil untuk mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan dalam bicara wanita sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini hari ini.

Selain itu, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan komited menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat.

“Pertamanya, tidak ada kerajaan yang begitu komited untuk memastikan, menoktahkan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Agenda ini harus dipastikan sampai ke seluruh rakyat jelata untuk memastikan komitmen Kerajaan Perpaduan tercapai,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI