fbpx

Peminat minta Aaron Aziz henti promosi vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ

KALAU sudah bergelar selebriti, apa sahaja tindakan yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian khalayak. Setiap tindakan dan gerak-geri seorang selebriti itu kena tengok juga sekeliling, takut ada yang tak berkenan.

Macam pelakon Datuk Aaron Aziz misalnya. Diva bukan nak cakap pasal isu ‘kucing’ seperti yang tular baru-baru ini. Tapi tentang sebuah video yang dikongsikan Aaron dalam Instagram.

Dalam video tersebut, kelihatan pelakon bertubuh kekar itu menari-nari sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang percaya dan menyokongnya berhubung isu yang kecoh awal minggu lalu.

Ramai yang puji kata Aaron nampak comel menari-nari girang sampai Diva pun tersenyum-senyum sipu.

Tapi yang tak seronoknya, bila Aaron menyedut dan menghembuskan asap vape atau rokok elektronik yang tergantung di lehernya.

Ada segelintir peminat meminta Aaron tidak mempromosikan vape. Kalau nak hisap pun, tak perlu tunjuk dalam video.

“Jangan hisap vape, tak elok,” kata seorang peminatnya.

“Bang, vape tu tak payahlah. Suka zaman-zaman baik Aaron,” kata seorang pengguna Instagram.

Harap Aaron boleh teguran. Tak pasal-pasal kena ‘up’ lagi video beri penjelasan.

DIVA: Golongan terpaling ‘syurga’ dah mula bersuara minta kerajaan batalkan konsert Coldplay sebab katanya bawa pengaruh tak baik. Juta-juta!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI