fbpx

Konvensyen Kerajaan Perpaduan ‘signal’ kerajaan stabil – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Konvensyen Kerajaan Perpaduan 2023 sebagai ‘signal’ kepada rakyat dan dunia bahawa kerajaan ketika ini mempunyai kesepakatan yang kuat.

Anwar berkata biarpun terdapat desas-desus dimainkan oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya bersifat sementara namun, ia telah dibuktikan melalui konvensyen itu dengan kesepakatan gabungan parti dapat duduk bersama berbincang segala perihal berhubung parti dan negara.

“Ada yang kata kerajaan (hanya bertahan) tiga bulan ada kata sebelum puasa, sebelum Raya Cina tetapi Alhamdulillah dengan konvensyen hari ini.

“Ini sebagai ‘signal’ jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia, kerajaan ini bukan sahaja stabil tetapi Insha-Allah kekal sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Kekal untuk apa? pertama, memastikan tatakelola mesti baik, hentikan amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa, pastikan dasar yang memacu pertumbuhan ekonomi selain membela nasib rakyat kita,” katanya ketika berucap pada konvensyen berkenaan, di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar juga turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang sentiasa mendokong aspirasi yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan dan mengenepikan perbalahan politik demi kepentingan rakyat di negara ini.

“Ini hari paling berharga untuk Kerajaan Perpaduan dan Malaysia terima kasih kepada saudara-saudara kerana bersedia meleburkan segala kesempitan yang lalu, kemarahan lalu dan bermuafakat bersama.

“Kalaulah tidak kerana komitmen Zahid (Ahmad Zahid Hamidi) sebagai Presiden UMNO dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tentu berubah.

“Jadi kita perlu iktiraf peranan beliau dan UMNO serta peranan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu sendiri (untuk bersama kerajaan),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI