fbpx

Wanita makan lutut sendiri, hidang bersama spageti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paula dan pasangannya, Arnau memakan tulang rawan lutut itu bersama spageti bolognese. - Instagram

MADRID, Sepanyol – Seorang pesohor media sosial di Sepanyol mengaku menambah tulang rawan lututnya sendiri ke dalam hidangan spageti bolognese sebelum memakannya bersama teman lelaki, lapor laman berita Wion News semalam. 

Menerusi podcast Club 113, Paula Gonu, 30, memberitahu bahawa sebahagian tulang rawan lututnya yang dipanggil meniskus, telah dibuang semasa pembedahan kerana kecederaan.

Selepas pembedahan, Paula memberitahu doktor bahawa dia ingin membawa pulang tulang rawan itu.

Doktor menggunakan alkohol untuk mengawet bahagian lutut Paula supaya tahan lebih lama.

Seminggu kemudian, ketika bergurau mengenai bahagian lutut yang disimpan bersama teman lelakinya, Paula terfikir untuk memasak meniskus tersebut.

“Saya memberitahu bahawa saya ingin memakannya kerana ia sebahagian daripada badan saya. Kemudian saya memasak spageti bolognese dan kami memakannya,” kata Paula.

Paula mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bahawa orang ramai yang memakan tulang haiwan adalah lebih teruk. Katanya, memakan bahagian badan sendiri tidak boleh dianggap tabu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI