fbpx

Wanita meninggal dunia ketika baca doa selepas solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah wanita, Rosnah menghembuskan nafas terakhir di Masjid Zahir, Alor Setar malam tadi.

ALOR SETAR – Seorang jemaah wanita meninggal dunia ketika membaca doa selepas menunaikan solat maghrib secara berjemaah di Masjid Zahir, di sini malam tadi.

Wanita terbabit, Rosnah Ramli, 60, dipercayai tidak sedarkan diri selepas selesai beribadat di masjid tersebut pada pukul 8.35 malam.

Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Negeri, Muhd Kamal Ariffin Abdul Hamid berkata, pihaknya menjadi saksi kepada sebuah pengakhiran hidup yang sangat baik dan mulia.

“Dijemput Allah SWT usai membaca doa. Terdahulu, dalam keadaan berpuasa sunat, mangsa berbuka puasa di masjid negeri bersama suami tercinta, bersolat maghrib berjemaah dan membaca Yasin.

“Kembalilah wahai jiwa yang tenang. Kematian yang husnul khotimah. Menjadi pengajaran, iktibar dan pedoman buat kami semua yang masih hidup,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, jenazah dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI