fbpx

Wanita dikecam kutuk laksa Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tersebut yang tular di media sosial

PETALING JAYA – Seorang wanita dikecam gara-gara memberi komen jelik mengenai hidangan laksa Sarawak di media sosial.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, wanita tersebut dikritik hebat selepas mengatakan hidangan itu berbau seperti jamu.

Dalam hantaran itu, turut disertakan gambar seorang wanita menutup hidungnya semasa menjamah makanan tersebut.

“Maaf orang Sarawak, kita bukan niat nak mengutuk nak tanya saja, memang laksa Sarawak bau macam jamu macam ni ke? Yang kita gelak teruk tu sebab member tu dah rasa kat hotel masa breakfast (sarapan), penat dia gelak tak boleh telan.

“Tapi kita pergi spring mall tu order (pesan) mi kari sampainya sama laksa Sarawak.. Sebiji macam jamu maajun tu. Tak tertelan tolak gitu saja RM15,” kata hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita terbabit yang dikatakan menghina makanan.

“Rezeki jangan dibuat begini. Tak perlu nak makan sampai tutup hidung,” kata Fikrie.

“Saya pun tak berapa suka laksa Sarawak, tapi kalau tak suka jangan makan. Jangan buat rezeki macam tu. Kita tak tahu masa depan kita nanti macam mana,” kata Fieya.

“Kita ni biar tak berharta tetapi jangan tiada adab. Makan sambil tutup hidung, kamu ingat itu sampah ke?,” kata Wati.

Carian Kosmo! di Facebook mendapati hantaran asal tersebut telah dipadam sementara akaun pengguna berkenaan turut dinyahaktifkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI