fbpx

Tudung Mona Allen terbang di Langkawi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Mona Allen yang sekadar menutup kepalanya menggunakan hoodie diperkatakan netizen.

PETALING JAYA – Pelakon Mona Allen mencuri tumpuan khalayak selepas tular video memaparkan tidak lagi bertudung apabila hanya menutup sebahagian kepala menggunakan hoodie (serkup) baju panas yang dipakainya.

Dalam video TikTok, Mona yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim sedang merakam detik pertama kali anak sulungnya, Petra Pekin menaiki kereta kabel di Langkawi.

Malah, selepas itu pelakon drama Dia Bukan Bidadari terbabit ‘menaikkan’ status dalam Instagram seolah-olah menyindir netizen kononnya teruja namanya menjadi sebutan.

“Hari ini nama naik. Tiga berita sekal igus. Terima kasih kerana ingat saya portal-portal dan media! Sayang ketat-ketat,” tulisnya.

Rata-rata komen Tiktok pula dipenuhi dengan luahan kekecewaan peminat memandangkan Mona sebelum pernah bernazar untuk bertudung selepas melahirkan anak pertamanya.

“Betulkah dia bernazar? Kalau bernazar wajib tunaikan. Jangan main-main dengan nazar ya,” kata pengikut.

“Disebabkan itulah kalau mahu berubah jangan beritahu orang. Biar Allah dan kita sahaja yang mengetahui,” jelas peminat.

“Langkawi panas sangat, itu yang hilang tudung. Semoga Allah kuatkan hati untuk terus istiqamah,” tutur netizen.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Munna Hafiraneza Allen meluahkan rasa bosan dengan imej lama yang seksi dan memerlukan perubahan lebih baik dan segar.

Keputusannya untuk tampil dengan imej Muslimah juga tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya niat berhijab selepas dikurniakan zuriat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI