fbpx

Remaja mahu beli air sirap untuk abang maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Nur Syawani Najwa Abdul Razak dilitupi dengan kain setelah terlibat dalam satu kemalangan motosikal di Kampung Lata Bayu, Kupang, petang semalam.

BALING – Seorang remaja perempuan maut setelah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal kira-kira pukul 4.40 petang, di Kampung Lata Bayu, Kupang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Shamsudin Mamat, berkata, dalam kejadian kemalangan tersebut, mangsa dikenali sebagai Nur Syawani Najwa Abdul Razak, 15, beralamat di Kampung Perah, Gerik, Perak, merupakan pelajar Sekolah Menengah Tunku Putera, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dari Lata Bayu hendak balik ke rumahnya di Kampung Asam Jawa.”

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai telah memotong sebuah kereta, namun malangnya telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda yang ditunggang oleh Nurliyana Kalbadoor A/L Hosta @ Mohd Din, 19, dan pemboncengnya, Amira Suhana Roshan, 18,” kata Shamsudin.

Menurutnya, akibat daripada kemalangan tersebut mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain itu, pembonceng mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sepupu mangsa, Hamidah Hambali, 52, berkata, ketika kejadian, Nur Syawani Najwa dipercayai pergi ke kedai berhampiran untuk membeli air sirap untuk abang sulungnya yang terlibat dengan kemalangan motosikal sehari sebelum kejadian kemalangan yang meragut nyawanya.

“Keadaan cuaca agak panas di rumah semalam, jadi abangnya minta tolong Syazwani belikan air sirap untuknya dan ibu mereka pula, Aziah Awang, 55, juga tidak sihat kerana baharu sahaja melakukan pembedahan potong kaki pada bulan Ramadan baru-baru ini kerana mengidap penyakit diabetis,” kata Hamidah.

Menurutnya, Syazwani terlibat kemalangan ketika hendak balik ke rumah setelah membeli air sirap untuk abangnya.

Sebelum itu, keluarganya bercadang untuk ke Kelantan bagi menziarahi abang kembar mangsa yang sedang belajar di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sana, tetapi Syazwani enggan menyertainya.

“Syazwani tidak mahu ikut, apabila ditanya dia akan tinggal dengan siapa, Syazwani menjawabnya akan tinggal bersendirian. Kami tak sangkt jawapannya itu menandakan dia akan pergi meninggalkan kami setelah terlibat dalam kemalangan semalam,” kata Hamidah.

Bagaimanapun, mereka dan jenazah Syazwani elesai disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Caruk Merbau, Asam Jawa, sekitar pukul 1.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI