fbpx

Nyanyian Hafiz Suip buat ramai rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video TikTok Hafiz Suip yang membuatkan ramai merindui nyanyiannya.

KERINDUAN peminat terhadap Hafiz Suip memang tidak berkesudahan apabila penyanyi itu pernah ‘berhibernasi’ daripada radar dunia hiburan buat seketika.

Namun, baru-baru ini, Hafiz kembali mengubati kerinduan ramai apabila muncul dengan sebuah video TikTok mendendangkan lagu Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal The Flybaits.

Selain nyanyian yang masih kekal hebat, fizikal Hafiz yang kelihatan semakin kurus turut menjadi bualan netizen.

Meskipun pernah menegaskan tidak mempunyai sebarang penyakit dan mengamalkan diet sihat, rata-rata netizen tetap berharap Hafiz yang dahulu kembali semula.

“Sekali pandang seperti Mamat Exist,” komen netizen.

“Alahai rindunya nak dengar Hafiz menyanyi, harap segera kembali dan muncul dengan lagu baru,” pinta seorang peminatnya.

Video tersebut seterusnya meraih lebih 700,000 tontonan dan 45,000 tanda suka dalam TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI