fbpx

Jangan salah guna visa umrah untuk tunai ibadah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Arab News

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menasihati umat Islam terutama bakal jemaah umrah di negara ini supaya tidak menyalahgunakan kemudahan Visa Pelancong dan Visa Umrah bagi menunaikan ibadah haji.

MOTAC menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, peringatan itu diwar-warkan bagi memastikan tiada jemaah umrah mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa sehingga masuk ke musim haji.

Menurutnya, perkara (tinggal lebih masa) itu satu kesalahan di bawah peraturan kerajaan Arab Saudi iaitu menunaikan ibadah haji tanpa mempunyai permit yang sah.

“Kerajaan Arab Saudi hanya mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi bertauliah bagi setiap negara seperti Lembaga Tabung Haji (TH).

“MOTAC memandang serius berhubung perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah umrah.

“Malah, kami juga berusaha menghalang berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini selain daripada menjaga hubungan baik yang telah terjalin antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti ia melibatkan syarikat pengendali umrah yang dilesenkan oleh kementerian ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI