fbpx

Malaysia catat perkembangan ekonomi 5.6 peratus suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Kuala Lumpur – Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama tahun 2023 dengan peningkatan 0.6 peratus berbanding suku sama pada tahun 2022.

Perkembangan tersebut disokong dengan peningkatan isi rumah, aktiviti pelaburan berterusan, pasaran buruh kukuh dan aktiviti pelancongan yang semakin rancak ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin ketika sidang akhbar pengeluaran statistik Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama di Sasana Kijang, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Uzir, kelima-lima sektor utama ekonomi mencatat pertumbuhan positif suku pertama 2023 iaitu sektor perkhidmatan (7.3 peratus), pembuatan (3.2 peratus), agrikultur (0.9 peratus), perlombongan (2.4 peratus) dan pembinaan (7.4 peratus). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI