fbpx

Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Merbau Indah di Bera hari ini

BERA – Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Merbau Indah, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Suhairul Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu menyebabkan rumah berkenaan musnah kira-kira 70 peratus.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kejadian kebakaran itu.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pihak bomba yang menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.58 petang tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang.

Katanya, api berjaya dikawal pada pukul 5.53 petang dan kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI