fbpx

Pek ais, bantuan awal pulihkan mangsa strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STROK haba merupakan sejenis penyakit disebabkan kepanasan melampau. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) hari ini berkongsi tip penting jika berhadapan dengan kes kecemasan akibat strok haba.

PHM menerusi hantarannya di Facebook berkata, pek ais sangat berguna untuk mengurangkan bengkak, radang dan kesakitan.

“Jika berlaku kecemasan untuk strok haba, letakkan pek ais di leher, di bawah lengan, dan di kawasan pangkal paha, di mana saluran darah besar terletak berhampiran dengan permukaan kulit.

“Boleh sentiasa standby (sedia) di rumah. Ini akan membantu dengan cepat menyejukkan mangsa strok haba,” katanya.

Perkongsian grafik tentang kegunaan pek ais ketika menghadapi waktu kecemasan akibat strok haba di Facebooknya, hari ini.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang panas dengan suhu dijangka meningkat sehingga 35 hingga 37 darjah Celsius.

Fenomena tersebut dipercayai berlaku disebabkan peralihan Monsun Timur Laut yang dialami negara sehingga Ogos nanti.

Cuaca panas berterusan itu mendedahkan risiko kepada orang ramai untuk diserang strok haba yang boleh membawa maut, terutama kanak-kanak, warga emas serta golongan berpenyakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI