fbpx

Murid Sekolah Agama Johor dibenar pakai pakaian sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (kanan) hadir sempena Rumah Terbuka Aidilfitri MBJB di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Johor membenarkan murid-murid Sekolah Agama di negeri ini untuk memakai pakaian sukan atau pakaian bersesuaian ekoran keadaan cuaca yang panas ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, kebenaran tersebut telah dikeluarkan melalui satu pekeliling, baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri mengambil tindakan sama seperti dilaksana Kementerian Pendidikan (KPM) demi kesejahteraan dan keselesaan murid-murid.

“Ya, sudah ada pekeliling yang dikeluarkan melibatkan kebenaran untuk anak murid Sekolah Agama Johor memakai baju sukan ke sekolah, memang dibenarkan.

“Kita guna kaedah seperti yang dilaksana KPM. Murid-murid juga boleh memakai pakaian sukan sekolah kebangsaan, kerana kita faham sekolah agama tidak banyak pilihan pakaian sukan.

“Pakaian program Karektor Murid Johor ataupun pakaian t shirt berwarna putih dengan seluar sukan juga dibenarkan, yang penting kemas dan menutup aurat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini.

Pada 2 Mac lalu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan KPM, Dr. Norisah Suhaili memaklumkan kerajaan membenarkan pemakaian sukan di semua sekolah seluruh negara ekoran cuaca panas yang mencecah 35 darjah Celsius ketika ini.

Tambah Mohd. Fared, kerajaan negeri juga telah meminta semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan buat sementara waktu atas alasan yang sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI