fbpx

FamilyMart ada lebih 150 produk halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIK KHAI (kanan) bersama Razi (dua dari kanan) menunjukkan logo halal Jakim yang kini layak digunakan di FamiCafe di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam pada Rabu lalu.

SHAH ALAM – Rangkaian kedai serbaneka, FamilyMart kini boleh berbangga apabila memiliki lebih 150 produk makanan dan minuman halal di 300 cawangannya di seluruh negara.

Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn. Bhd. (QL Maxincome), Chia Lik Khai berkata, pihaknya memperkenalkan sekitar lapan produk makanan dan minuman pada setiap kali pelancaran produk baharu.

“Produk halal seperti oden, sushi, kek dan lain-lain akan dipastikan pembuatannya secara halal pada setiap masa.

“Kami akan mengeluarkan lebih banyak produk halal pada masa akan datang,” katanya pada majlis penyampaian pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada kedai FamilyMart cawangan Seksyen 13, FamiCafe di Menara U di sini kelmarin.

Menerusi pengiktirafan ber­kenaan, kafe tersebut menjadi kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima sijil halal.

Lik Khai menerima sijil tersebut daripada Penolong Pengarah Kanan Pengurusan, Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Razi Hassan.

Tambah beliau, penerimaan sijil tersebut akan menyakinkan lebih ramai pelanggan, terutamanya yang beragama Islam untuk terus berbelanja dan membeli-belah di FamilyMart.

Oden antara hidangan yang digemari pelanggan FamilyMart.

“Kami kini sedang dalam pro­ses untuk memohon pensijilan halal bagi semua kedai FamilyMart. Premis-premis kami akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut panduan Jakim dan prosesnya telah bermula di dua buah kedai.

“Jadi untuk memenuhi pro­ses yang telah ditetapkan, kami sedang mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan segala syarat Jakim bagi mendapat sijil tersebut dapat dipenuhi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lik Khai memaklumkan bahawa FamilyMart juga telah memberhentikan penjualan semua produk alkohol di setiap cawangan FamilyMart di Malaysia sejak bulan Mac tahun ini.

Usaha itu diyakini akan menarik lebih ramai pelanggan berkunjung premis berkenaan pada masa akan datang.

Mengulas mengenai FamiCafe, beliau menjelaskan, ia menyaji­kan minuman dan hidangan yang sedia untuk dimakan selain turut menyediakan kios layan diri yang membolehkan pelanggan memesan produk menggunakan e-dompet atau kad kredit dan kad debit masing-masing.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI