fbpx

Pekerja kedai serbaneka cemas diacu parang pada leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman dari televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki melakukan samun di sebuah kedai serbaneka di bandar Pekan Nanas, Pontian, pada awal pagi Sabtu lalu.

PONTIAN – Seorang pekerja wanita mengalami detik cemas apabila diacukan parang panjang di lehernya dalam kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Pekan Nanas, dekat sini, awal pagi Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Supritendant Abd Hamid Abdul Rahman, berkata, ketika kejadian pekerja berusia 20an bersendirian dan tiada pelanggan di premis tersebut.

Menurut beliau, dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi, mangsa didatangi dua lelaki dengan salah seorang bersenjatakan parang panjang berukuran 45 sentimeter (cm) telah memasuki premis tersebut dengan memakai pelitup muka.

“Kedua-dua lelaki dipercayai warga tempatan memakai jaket berwarna biru gelap dan warna merah melarikan wang tunai dan seutas gelang tangan milik mangsa berjumlah RM2,000.

“Kedua-dua suspek yang berfizikal kurus dan mempunyai ketinggian lebih kurang 170cm telah telah melarikan diri dengan sebuah kereta selepas melakukan samun tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Abd Hamid, tiada sebarang kecederaan berlaku ke atas pekerja perempuan tersebut dan kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 kerana melakukan samun bersenjatakan berkumpulan.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mengetahui mengenai kejadian tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp. Wan Nor Ismaliza Wan Ismail ditalian 016-2089835 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI