fbpx

Zurich bantu pelbagai komuniti dengan dana RM168,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Zurich GT Malaysia, Shamsul Azman (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Jamek Abdullah Hukum, Mohd. Sharif Sabdi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Zurich Malaysia (Zurich) telah menyalurkan lebih RM168,000 sebagai sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Bersempena majlis rumah terbuka raya yang dianjurkan, syarikat baru-baru ini, syarikat telah menyerahkan sumbangan zakat bernilai RM60,000 kepada Masjid Jamek Abdullah Hukum.

Ia adalah kewajipan syarikat menunaikan tanggungjawabkorporatnya sebagai entiti perniagaan Islam melalui cabang Takaful Keluarga dan Am Zurich.

Syarikat juga turut men­yumbang sebanyak RM60,000 sebelum ini bersempena majlis iftar dengan Pusat Pungutan Zakat, yang mana daripada jumlah tersebut sebanyak RM40,000 untuk Rumah Amal Permata Hatiku dan Persatuan Pengajian Al-Quran Anak-anak Pekak, manakala RM20,000 lagi diagihkan sebagai duit raya kepada 100 anak yatim dan kanak-kanak berkeperluan khas dari kedua-dua organisasi tersebut.

Di samping itu, sokongan kewangan bernilai kira-kira RM23,000 turut disalurkan kepada program CSR pasca banjir Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Takaful-4-All (T4A) diTangkak, Johor.

Mengulas mengenai aktiviti tersebut, Ketua Negara Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, syarikat sentiasa mencari peluang untuk memberi semula kepada masyarakat.

“Keprihatinan terhadap perkara-perkara yang penting merupakan teras perjuangan kami dan semoga sumbangan ini dapat menyokong mereka yang benar-benar memerlukannya dalam komuniti kita,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Zurich juga turut menyampaikan sumbangan kepada Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, sebuah rumah dibiayai persendirian di Kota Damansara yang kini sedang menampung 35 anak yatim serta kanak-kanak kurang bernasib baik. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI