fbpx

Tiga kali dipenjara, banduan wanita akhirnya bertaubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maria ketika ditemui pada program Jalinan Kasih sempena Aidilfitri Penjara Pokok Sena dekat Alor Setar kelmarin. – SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Tempoh dua tahun terpaksa meringkuk di penjara akibat dadah amat memeritkan bagi seorang banduan, apatah lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri.

Atas keinsafan itu, Maria, 29, yang berasal dari Sungai Dua, Pulau Pinang berikrar, hukuman penjara yang dijalaninya buat kali ketiga selama lima tahun ini adalah yang terakhir.

“Lebih dua tahun berada di sini dan paling sakit adalah rindu yang tidak dapat dileraikan ke­rana terpaksa berpisah dengan keluarga.

“Saya harap ini adalah kali terakhir dipenjara. Saya sudah insaf dan serik,” katanya yang dijatuhi hukuman pada April 2021 atas kesalahan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maria yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian itu berkata demikian ketika ditemui pada program Jalinan Kasih sempena Aidilfitri Penjara Pokok Sena, dekat sini kelmarin.

Dalam program itu, seramai 15 banduan berpeluang meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing yang di­luangkan dengan sesi melepaskan rindu selain menjamu selera juadah hari raya.

Menurut Mari, saat-saat yang paling dirindui ketika hari raya adalah juadah masakan ibunya seperti nasi impit dan kuah kacang.

“Insya-Allah tahun depan saya akan keluar dan berjanji tidak akan lagi terjebak dengan dadah.

“Saya berjinak-jinak dengan pil ekstasi sejak berumur 19 tahun untuk berseronok semata-mata dan kerana ekstasi ini jugalah rosak masa remaja saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI