fbpx

Merpati ‘sado’ tarik perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Merpati itu memiliki kaki yang panjang dan bulu putih yang menutupi kakinya. - @MacrodosingPod/Twitter

LONDON – Orang ramai tertarik melihat sebuah klip video yang memaparkan seekor burung merpati berbadan tegap dan tinggi yang kini tular di media sosial, lapor akhbar Daily Star semalam.

Video tular di Twitter pada hujung minggu lalu itu menunjukkan seorang pengguna menemui seekor burung merpati yang mempunyai ketinggian luar biasa.

“Seperti pelbagai jenis baka anjing, spesies merpati juga datang dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti burung merpati pouter ini,” tulis akaun tersebut.

Jika sekilas pandang, merpati berbulu kelabu putih itu kelihatan sama seperti burung-burung lain yang boleh dilihat di jalanan.

Akan tetapi, ia sebenarnya lebih tinggi kerana memiliki kaki yang panjang dan bulu putih yang menutupi kakinya.

Ciri fizikal burung itu membuatkan netizen tertarik dan menyamakannya dengan watak dalam kartun animasi terkenal dengan berkata: “Adakah itu Pokemon?”

Namun, terdapat segelintir pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa burung itu adalah daripada baka unik iaitu merpati pouter Inggeris. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI